Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BERAKAS, Jumaat, 12 Disember. - Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Dart di antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) yang Ke-32 bagi Tahun 2025 anjuran Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dan dikendalikan oleh Kelab Dart Spintop, diadakan petang tadi, bertempat di Sport Hub, Annex C, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, selaku Pengerusi Bersama Kejohanan Dart di antara Kementerian-kementerian.
Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat dan seterusnya Pembukaan Rasmi Kejohanan tersebut oleh tetamu kehormat.
Perlawanan dart peringkat awal 'Round Robin' menyaksikan sebanyak 97 pasukan ikut bertanding bagi menentukan kedudukan pasukan yang akan bertanding ke peringkat kalah mati nanti.
Juga hadir, ahli-ahli Jawatankuasa JDBM serta jemputan khas.